-> Persatuan & Kelab

BENGKEL JAHITAN BERKUMPULAN (PERSATUAN, KELAB)

Pengenalan:
Bengkel ini terbuka kepada semua Persatuan Penduduk, kelab-kelab wanita, PUSPANITA, Kakitangan awam/swasta dan sebagainya.

Kami juga mengelolakan kursus-kursus jahitan untuk syaikat-syarikat yang membuat program VSS untuk kakitangannya.

Kursus-kursus jahitan yang ditawarkan adalah seperti Jahitan Pakaian Wanita, Jahitan Langsir, Jahitan Kemasan Dalaman , Jahitan Manik dan Labuci serta Jahitan Tudung.

Matlamat kami adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berkemahiran serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alu penyertaan dari pihak tuan/puan untuk turut serta di dalam program ini sebagai mengisi aktiviti tahunan persatuan / kelab puan. Bengkel ini boleh diadakan mengikut kesesuaian masa atau pada setiap hujung minggu. Tempat latihan boleh dijalankan di tempat kami atau tempat anda seperti bilik, dewan, balairaya atau sebagainya.

Pihak kami percaya dengan adanya bengkel seperti ini dapat membantu menjana ekonomi keluarga di samping dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.

Bengkel yang kami tawarkan adalah seperti berikut:


(1) BENGKEL JAHITAN PAKAIAN WANITA (BERKUMPULAN)
Sepasang Baju
Tempoh Kursus / Masa:

- Sepenuh Masa             : 2 hari / 9.00am-5.00 pm
Jumlah minima peserta : 20/30 orang ke atas
Yuran                            : RM150 setiap peserta 
Bayaran yuran tidak termasuk bahan dan peralatan
Sijil Penyertaan di sediakan

Pilihan Fesyen:




  1. Blaus tanpa butang & kain kipas belakang
  2. Kurung tradisional & kain susun tepi
  3. Kurung kedah & kain lipat batik
  4. Kurung pesak gantung & kain susun tepi
(2) BENGKEL JAHITAN LANGSIR (BERKUMPULAN)
Tempoh Kursus/Masa:

- Sepenuh Masa             : 2 hari / 9.00am-5.00pm
 Jumlah minima peserta : 20/30 orang keatas
Yuran                            : RM150 setiap peserta 

Bayaran yuran tidak termasuk bahan dan perlatan
Sijil Penyertaan di sediakan

Modul pelajaran:

3 paten Langsir (boleh pilih)


(3) BENGKEL JAHITAN KEMASAN DALAMAN (BERKUMPULAN)
Tempoh Kursus/Masa:

Sepenuh Masa               : 2 hari / 9.00am-5.00pm
Jumlah minima peserta : 20/30 orang ke atas
Yuran                            : RM150 setiap peserta 
Bayaran yuran tidak termasuk bahan dan peralatan
Sijil Penyertaan di sediakan

Pilihan Sukatan pelajaran:


PAKEJ A
1) Kusyen hiasan – Anyam Tikar
2) Set cadar bergetah

PAKEJ B

1) Kusyen hiasan 4 segi berosette
2) Set cadar getah berskirt

PAKEJ C

1) Kusyen hiasan Bunga Cengkih
2) Comforter


(4) BENGKEL JAHITAN MANIK (BERKUMPULAN)
Tempoh Kursus/Masa:

Sepenuh Masa               : 1 hari / 10.00am-5.00pm
Jumlah minima peserta : 20/30 orang keatas
Yuran                             : RM150 setiap peserta 
Bahan-bahan disediakan.
Sijil Penyertaan di sediakan

Sukatan pelajaran:

Pakej Asas
Pakej Lanjutan (Floral)

Modul:
1) Pengenalan manik
2) Kaedah asas menjahit
3) Kaedah membentuk corak/floral
4) Kaedah penyesuaian warna





(5) BENGKEL JAHITAN TUDUNG (BERKUMPULAN)
Tempoh Kursus/Masa:
Sepenuh Masa               : 1 hari / 9.00am-4.00pm
Sambilan                        : 3 sesi / 2 jam setiap sesi
Jumlah minima peserta : 20 orang keatas
Yuran                             : RM150 setiap peserta 
Bahan-bahan disediakan.
Sijil Penyertaan di sediakan

Sukatan pelajaran:
1. Tudung Ala Aryani
2. Tudung syria
3.  Bonus- Kaedah memasang batu kristal pada tudung.



Untuk penerangan lanjut, sila hubungi:
email : pusatjahitansc@gmail.com

Followers