Biodata Kami

Siapa Kami? Apakah Perniagaan Kami?

1. Nama syarikat kami ialah Pusat Jahitan Dan Senireka Cemerlang. Kami berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). No sijil pendaftaran syarikat: 001200429-K

2. Kami adalah syarikat milik bumiputra dan amat komited di dalam perniagaan dan keusahawanan berasaskan jahitan. Pengalaman kami sudah menjangkau lebih 10 tahun berkecimpung di dalam perniagaan ini.

3. Matlamat perniagaan kami ialah:(i) Melahirkan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan punyai daya kreativiti tinggi (ii) Membantu masyarakat menjana ekonomi keluarga(iii) Membantu masyarakat dengan pengisian masa yang bermanfaat

4. Pusat latihan, kursus dan tenaga pengajar kami mendapat sijil pentauliahan dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

5. Lokasi pejabat kami bertempat di pusat bandaraya iaitu di Tingkat 2, Wisma Mawar, Jalan Raja Alang, Kg. Baru. Kuala Lumpur. Ini akan memudahkan pelanggan kami datang untuk menghadiri program kelas/kursus jahitan yang diadakan. Kemudahan pengangkutan awam yang berdekatan seperti bas, teksi, monorel dan PUTRA-LRT adalah aset penting kami (Lihat Peta di bawah).

6. Pusat latihan kami telah banyak menerima jemputan dari pelbagai syarikat agensi kerajaan dan swasta untuk mengadakan kelas/kursus jahitan. Program tersebut telah diadakan samada di pusat latihan kami sendiri ataupun di pejabat/dewan/hotel seperti yang ditetapkan oleh pelanggan kami.

7. Kami menawarkan pelbagai pakej kursus berasaskan jahitan seperti:

  • Pakej Jahitan Pakaian Wanita/Lelaki
  • Pakej Jahitan Langsir/Kemasan Dalaman
  • Pakej Jahitan Manik/Labuci
  • Pakej Jahitan Jangka Pendek (Bengkel 1 atau 2 hari)
  • Nota: Kesemua pakej yang ditawarkan di atas boleh dipelajari secara Individu atau Berkumpulan (Syarikat/Kelab/Persatuan/Puspanita).
8. Kami mempunyai kaedah penyampaian tersendiri yang mudah difahami oleh peserta kursus. Nota yang tidak terlalu teknikal dan cara penyampaian secara santai serta ‘straight to the point’ akan memudahkan sesiapa sahaja memahami walaupun bagi mereka yang tidak langsung pernah tahu tentang kemahiran asas jahitan.

9. Pembayaran penyertaan bagi pakej kursus/kelas jahitan adalah cukup berpatutan (dan berbaloi) dan ianya boleh dibayar secara ansuran bagi kemudahan setiap peserta.

10. Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan setelah menamatkan kursus/kelas.

Lesen dan Pengiktirafan Perniagaan Kami


Antara Mereka Yang Telah Berurusan Dengan Kami



1) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kem. Sumber Manusia, Malaysia

- Kursus Kemahiran Pakaian Wanita-Tahap 1 & 2

2) Dewan Peniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur
- Program Syarikat Mentor Program Integrasi Keusahawanan Siswazah

3) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kuala Lumpur
- Program Kelas Jahitan

4) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Petaling Jaya, Selangor
- Program ‘Reskilling’: Kursus Jahitan Pakaian dan Langsir

5) Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
- Program Kelas Kemahiran Menjahit Pakaian Wanita

6) Rukun Tetangga Taman Permata, Kuala Lumpur
- Program Latihan Bengkel Jahitan Langsir & Hiasan Dalaman

7) Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
- Program Bengkel Suri Putrajaya - Kelas Jahitan Pakaian & Langsir
- Program Bengkel Suri Putrajaya - Kelas Jahitan Manik & Labuci

Untuk penerangan lanjut, sila hubungi:
Puan ZU
  • HP1 013 691 8516
  • HP2 016-308 5944

Followers